Masjid Nurul Ehsan, Kg Seri Tiram Jaya

Directions

Masjid Nurul Ehsan, Kg Seri Tiram Jaya Selamat datang ke laman Masjid Nurul Ehsan, Kg Seri Tiram Jaya, Tanjung Karang

Jadual kuliah bulan Oktober 2026
06/10/2026

Jadual kuliah bulan Oktober 2026

Kuliah Maghrib | Malam iniKitab : Tafsir Ibnu KatsirSelepas solat Maghrib
29/09/2026

Kuliah Maghrib | Malam ini

Kitab : Tafsir Ibnu Katsir
Selepas solat Maghrib

Ayuh bersama memeriahkan Masjid Terbuka Raya.. ✨✨Nikmati juadah enak sambil mengeratkan silaturrahim.. 🍝🍜🍦Semua ahli kar...
10/04/2026

Ayuh bersama memeriahkan Masjid Terbuka Raya.. ✨✨
Nikmati juadah enak sambil mengeratkan silaturrahim.. 🍝🍜🍦

Semua ahli kariah dijemput hadir.


fans

🌙 Jom Sertai Ibadah Qurban 2026*Masjid Nurul Ehsan Seri Tiram Jaya* membuka peluang kepada semua ahli kariah untuk menye...
05/04/2026

🌙 Jom Sertai Ibadah Qurban 2026

*Masjid Nurul Ehsan Seri Tiram Jaya* membuka peluang kepada semua ahli kariah untuk menyertai ibadah qurban tahun ini.

💰 1 Bahagian Lembu: *RM900*
(Termasuk Bayaran Pengurusan)
📅 Tarikh tutup: *11 Mei 2026*

Marilah kita bersama-sama menghidupkan sunnah dan meraih keberkatan melalui ibadah qurban.

Jangan lepaskan peluang beramal dan berkongsi rezeki dengan yang memerlukan.

Sebarang pertanyaan, Sila berhubung dengan :

Tn Hj Yaakob: 60166265865
En Azwan: 60193889031
En Ezzam : 601131373711

Terima kasih✌️

Ganti rugi tidak membantu langsung pada keluarga.Balik kepada punca..Arak !Penduduk boleh buat bantahan batalkan jualan ...
31/03/2026

Ganti rugi tidak membantu langsung pada keluarga.
Balik kepada punca..Arak !

Penduduk boleh buat bantahan batalkan jualan arak di Speedmart.
1. Menyelamatkan ramai pemandu dan pemabuk
2. Yang menjual atau bekerja di Speedmart tidak langsung pegang botol arak
3. Tiada kemalangan jiwa

Pak Ya YB Nurul Noh - Pusat Khidmat Dun Permatang
fans

TERLUPA BAYAR ZAKAT FITRAHSOALAN :Jika selepas hari raya contohnya pada 5 Syawal seorang itu baru teringat dia belum mem...
24/03/2026

TERLUPA BAYAR ZAKAT FITRAH

SOALAN :
Jika selepas hari raya contohnya pada 5 Syawal seorang itu baru teringat dia belum membayar zakat fitrah maka adakah wajib diqadha ketika itu juga atau kena tunggu Ramadhan tahun hadapan dan bagaimana niat qadha zakat fitrah?

JAWAPAN :
Jika seorang itu terlupa membayar zakat fitrah dan dia sedar selepas beberapa hari bulan Syawal atau selepas daripada bulan Syawal maka wajib dia membayarnya pada masa dia teringat itu sebagai qadha.

Orang yang sengaja tidak membayar zakat fitrah atau sengaja melewatkan bayarnya sampai masuk 2 haribulan Syawal maka dia telah berdosa tetapi jika kerana terlupa maka dia tidak berdosa kerana lupanya dan wajib atas keduanya qadha.
Berkata Syeikh Abu Bakr Syata’ :

ـوحرم تأخيرها عن يومه أي العيد بلا عذر كغيبة مال أو مستحق ، ويجب القضاء فورا لعصيانه

Artinya : “Dan haram melambatkan zakat fitrah dari hari raya tanpa uzur seperti hilang hartanya atau tiada wujud asnaf yang berhak. Dan wajib dia qadha dengan segera kerana derhakanya itu pada melambatkannya.” (Kitab I’anah At-Talibin)

Bermula contoh niat bagi membayar zakat fitrah qadha itu ialah:

نويت عن أخرج زكاة الفطر عن نفسي قضاء فرضا لله تعالى

Artinya : “Aku berniat mengeluarkan zakat fitrah yang wajib atasku sebagai qadha yang fardu kerana Allah Taala.”

Kesimp**annya orang yang terlupa membayar zakat fitrah sehingga habis waktunya tidaklah berdosa tetapi wajib atasnya qadha dengan segera ketika dia teringat.

wallahua’lam
Sumber page : Ustaz Azhar Idrus

HUKUM IBU BAPA MENGGUNAKAN DUIT RAYA ANAK-ANAKRingkasan JawapanHaram bagi ibu bapa untuk menggunakan duit raya anak-anak...
21/03/2026

HUKUM IBU BAPA MENGGUNAKAN DUIT RAYA ANAK-ANAK

Ringkasan Jawapan

Haram bagi ibu bapa untuk menggunakan duit raya anak-anak mereka dengan sewenang-wenangnya kecuali dalam keadaan yang memerlukan sahaja. Sekiranya ibu bapa sudah menggunakan duit raya anak-anak dalam perkara yang tidak menjadi keperluan, maka wajib ke atas ibu bapa untuk menggantikannya kembali.

Huraian Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke Hari Akhirat.

Menjelang sambutan perayaan Aidilfitri, secara kebiasaannya anak-anak ada menerima duit raya daripada kaum kerabat, sahabat handai, jiran tetangga dan juga tetamu yang datang berkunjung ke rumah. Oleh yang demikian, duit raya yang diterima itu menjadi hak milik anak-anak tersebut dan mereka boleh sama ada menggunakannya atau menyimpannya.

Dalam pada itu, disebabkan kekurangan mereka dalam kemahiran mengurus wang, maka ibu bapalah yang diamanahkan untuk menjaga atau menyimpan duit raya tersebut, lantas timbul persoalan, adakah ibu bapa boleh menggunakan duit raya tersebut wewenangnya tanpa perlu menggantikannya?

Secara umumnya, hukum mengambil harta orang lain tanpa sebarang keredaan ataupun keizinan daripada pemilik adalah haram. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا ‎﴿٢٩﴾‏

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara s**a sama s**a di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.”

Surah al-Nisa’ (29)

Dalam hal ibu bapa menguruskan harta anak-anak, pada dasarnya ibu bapa wajib menguruskan harta anak-anak mereka terhadap perkara yang mendatangkan kebaikan kepada mereka sahaja. Hal ini termasuklah menyimpan dan menjaganya dengan baik serta tidak p**a menggunakan harta tersebut untuk tujuan lain[1].

Mereka berhujah berdasarkan keumuman hadis Nabi SAW bahawa tidak boleh diambil harta seseorang dengan sewenang-wenangnya. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW:

فَإِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ وَأَعْرَاضَكُمْ بَيْنَكُمْ حَرَامٌ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا فِي بَلَدِكُمْ هَذَا

Maksudnya: “Sesungguhnya darah-darah kamu, harta-harta kamu dan kehormatan di antara kamu adalah haram bagimu sepertimana kemuliaan pada harimu ini, di negerimu ini.”

Riwayat al-Tirmizi (2159)

Jumhur fuqaha iaitu mazhab Syafie, Hanafi dan Maliki berpendapat bahawa bapa tidak boleh mengambil harta anaknya kecuali dalam keadaan yang memerlukannya sahaja[2]. Oleh itu, jelas di sini bahawa ibu bapa yang menggunakan duit raya anak mereka untuk tujuan selain daripada keperluan atau maslahat anak itu sendiri, maka ia hendaklah diganti semula. Hal ini kerana, bersikap kedekut atau berlebihan dalam menguruskan harta anak adalah berdosa[3].

Sebagai maklumat tambahan, perbahasan berkenaan sabdaan Nabi SAW: “Kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu” telah kami bincangkan dan bahaskan dalam artikel kami yang bertajuk al-Kafi #1171: Hukum Ibu Bapa Menggunakan Harta Anak-anak. Kesimp**annya, ibu bapa tidak boleh menggunakan duit raya anak-anak mereka dengan sewenang-wenangnya kecuali dalam keadaan yang memerlukan sahaja. Sekiranya ibu bapa sudah menggunakan duit raya anak-anak dalam perkara yang tidak menjadi keperluan, maka wajib ke atas ibu bapa untuk menggantikannya kembali. Wallahu A‘lam.

اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَ...
21/03/2026

اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ،
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Tulus Ikhlas

Tn Nazir & Seluruh Jawatankuasa
Masjid Nurul Ehsan Seri Tiram Jaya

Address

Masjid Nurul Ehsan, Kg Seri Tiram Jaya
Sungai Besar
45500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Nurul Ehsan, Kg Seri Tiram Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby convenience stores