24/08/2025
19 OGOS 2025 - SELASA
Team PK Best amat berbesar hati menerima lawatan daripada Tuan Pengarah RISDA Negeri Pahang, En. Abdul Aziz Bin Awang, CEO Risda Plantation Sdn. Bhd., En Arif Bin Ismail diiringi oleh Pegawai RISDA Daerah Raub, En. Muhammad Hanif Bin Mohd Sehat dan Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Pahang sempena lawatan Program Santuni Pekebun Kecil di bengkel PK Best.
Tuan Pengarah juga turut meluangkan masa dalam sesi taklimat dan bersoaljawab tentang perkembangan dan hala tuju serta meninjau peralatan-peralatan yang diperolehi dibawah Risda.
Tuan Pengarah beserta rombongan juga sempat merasa produk-produk kerepek dan halwa belimbing dan turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada team PK Best.
Team PK Best tidak terkecuali memberi cenderahati produk kepada Tuan Pengarah. Lawatan ini amat bermakna dan team PK Best ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Pengarah dan rombongan kerana sudi meluangkan masa di bengkel.
Burung merpati diberi makan,
terbang melayang terasa ringan,
terima kasih team PK Best ucapkan,
kepada Tuan Pengarah Pahang dan rombongan.
Pasangan petani memetik lada,
lalu dibersih jari-jemari,
bengkel PK Best serba tiada,
terima kasih Risda, bantuan yang diberi.
Pisang emas diatas peti,
bunga mawar ditaman sari,
terima kasih setulus hati,
segala budi Risda, kami amat-amat hargai.