Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan Ibu Pejabat JKR Malaysia

Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan Ibu Pejabat JKR Malaysia Laman Facebook Rasmi Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan (CKIP) Ibu Pejabat JKR Malaysia

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1447H / 2026M ANJURAN KELAB SUKAN DAN REKREASI CAWANGAN KEJURUTERAAN INFRASTUKTUR PENGANGKUTAN (K...
18/03/2026

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1447H / 2026M ANJURAN KELAB SUKAN DAN REKREASI CAWANGAN KEJURUTERAAN INFRASTUKTUR PENGANGKUTAN (KESUKIP)

KUALA LUMPUR, 17 MAC 2026 I SELASA

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan (CKIP) melalui Kelab Sukan & Rekreasi CKIP (KESUKIP) telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran 1447H / 2026M bertempat di Surau Blok F, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Program ini telah disempurnakan oleh Pengarah CKIP, YBrs. Ir. Waznah Binti Abdul Aziz selaku Penaung KESUKIP dan telah dihadiri lebih 50 peserta yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa KESUKIP, Ketua-ketua Bahagian, pegawai kanan serta warga kerja CKIP.

Majlis khatam Al-Quran yang diadakan ini bukan sekadar menandakan tamatnya bacaan Al-Quran, tetapi lebih penting ia menjadi simbol kecintaan kita terhadap kitab suci ini, khususnya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Diharapkan amalan membaca, memahami dan menghayati Al-Quran akan terus menjadi amalan dalam kehidupan seharian warga CKIP.

Majlis Khatam Al-Quran ini juga adalah salah satu usaha bagi pembangunan rohani warga CKIP dalam membudayakan pembacaan Al-Quran. Majlis ini juga dapat memperkukuhkan ukhuwah serta menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan warga CKIP.

Terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa (AJK), warga kerja CKIP serta pihak-pihak lain yang turut terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Khatam Al-Quran ini.






SESI LIBAT URUS & DIALOG KETUA PENGARAH KERJA RAYA KE CAWANGAN KEJURUTERAAN INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN (CKIP)18 Disember...
22/12/2025

SESI LIBAT URUS & DIALOG KETUA PENGARAH KERJA RAYA KE CAWANGAN KEJURUTERAAN INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN (CKIP)

18 Disember 2025, Khamis - YBhg Dato’ Sri Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) telah berkunjung ke Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan (CKIP). Sesi ini turut dihadiri bersama YBrs Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), YBrs Ir. Maria binti Marcus, Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu dan YBrs Ir. Janari bin Sekeli, yang menjalankan tugas Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat serta pegawai-pegawai daripada Pejabat KPKR dan TKPKR Sektor Infra.

Sesi libat urus & dialog bersama KPKR hari ini telah membincangkan hala tuju dan strategi pencapaian CKIP bagi tahun 2026 yang telah dibentangkan oleh Pengarah CKIP, YBrs Ir. Waznah binti Abdul Aziz.

Sesi libat urus dan dialog telah berjalan dengan jayanya dan mencapai objektif terutamanya dalam merancang strategi pelaksanaan projek RMK-13 RP1.

19/12/2025
17/12/2025
12/12/2025
11/12/2025
10/12/2025
05/12/2025

Address

Jalan Sultan Salahuddin
Kuala Lumpur
50582

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+60326107201

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan Ibu Pejabat JKR Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan Ibu Pejabat JKR Malaysia:

Share