99 Speedmart - East Malaysia

Directions Website Contact the business

99 Speedmart - East Malaysia 99 SPEED MART (EAST MALAYSIA) SDN.

BHD. 201301011044(1040881-M)

99 Speedmart® is a rapidly growing chain of fuss-free mini supermarkets that offers unbeatable value and absolute convenience.

99 Speedmart East Malaysia telah mengadakan Majlis Makan Malam Tahunan Ke-13 pada 31 Oktober 2026 bertempat di Sheraton ...
01/11/2026

99 Speedmart East Malaysia telah mengadakan Majlis Makan Malam Tahunan Ke-13 pada 31 Oktober 2026 bertempat di Sheraton Kota Kinabalu, Sabah, sebagai tanda penghargaan kepada seluruh warga kerja atas dedikasi, komitmen dan sumbangan mereka dalam menjayakan perjalanan serta perkembangan syarikat.

Pada tahun ini, 99 Speedmart terus memperkukuh pertumbuhan perniagaan melalui beberapa projek keutamaan, termasuk kerjasama strategik bersama Midea, peluasan penawaran produk kesihatan dan ubat-ubatan am (OTC), serta pembangunan modal insan.

Sebagai komitmen terhadap Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), 99 Speedmart East Malaysia turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM65,000 kepada Hospital Universiti Malaysia Sabah (Hospital UMS) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina St James Likas.

Majlis turut menyaksikan penyampaian pelbagai anugerah sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi dan pencapaian warga kerja, termasuk Anugerah Perkhidmatan, Anugerah Jabatan Gudang Terbaik, Anugerah Pengurus Kawasan Terbaik, Anugerah Outlet Berprestasi Terbaik dan Anugerah Jualan Tertinggi Terbaik.

Setiap kejayaan adalah hasil komitmen dan usaha bersama. 99 Speedmart East Malaysia akan terus melangkah maju, memperkukuh pertumbuhan perniagaan, memberikan perkhidmatan terbaik serta menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat melalui penyediaan barangan keperluan harian pada harga berpatutan, selaras dengan slogan "Dekat Lagi Murah".

30/10/2026

Opening Soon

(Sabah) Taman Putera Perdana, Kota Kinabalu
Date : 31st October 2026

STAY TUNED

23/10/2026

Opening Soon

(Sabah) Oceanus Waterfront Mall, Kota Kinabalu
Date : 24th October 2026

(Sabah) Kampung Simpang Entilibon, Tongod
Date : 24th October 2026

STAY TUNED

Promosi persediaan untuk Deepavali dah bermula. Lengkapkan barang keperluan anda hanya di 99 Speedmart berdekatan anda h...
17/10/2026

Promosi persediaan untuk Deepavali dah bermula. Lengkapkan barang keperluan anda hanya di 99 Speedmart berdekatan anda hari ini hingga 09 November 2026.





Jom nikmati Program Jualan Rahmah MADANI di cawangan 14216 - Putra Square, Kota Kinabalu pada 17 Oktober 2026) 🛒✨📍 Lokas...
15/10/2026

Jom nikmati Program Jualan Rahmah MADANI di cawangan 14216 - Putra Square, Kota Kinabalu pada 17 Oktober 2026) 🛒✨

📍 Lokasi: 14216 - Putra Square
⏰ Masa: 8.00 pagi – 10.00 malam

🛒 Pelbagai barangan keperluan asas ditawarkan pada Harga Rahmah. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan harian pada harga berpatutan dan berbaloi!

Alamat :
Lot 10 & 11, Tkt Bwh, Putra Square, Phase 1, Jln Putatan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah.

GPS : 5.897720, 116.049981




10/10/2026
Jom nikmati Program Jualan Rahmah MADANI di cawagan 16017 - Bornion Luyang, Kota Kinabalu pada 10 Oktober 2026 (Sabtu) &...
08/10/2026

Jom nikmati Program Jualan Rahmah MADANI di cawagan 16017 - Bornion Luyang, Kota Kinabalu pada 10 Oktober 2026 (Sabtu) & 11 Oktober 2026 (Ahad) 🛒✨

📍 Lokasi: 16017 - Bornion Luyang
⏰ Masa: 9.00 pagi – 10.00 malam

🛒 Pelbagai barangan keperluan asas ditawarkan pada Harga Rahmah. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan harian pada harga berpatutan dan berbaloi!

Alamat :
Lot 11 & 12, Bornion Centre, Jalan Luyang, 88300 Kota Kinabalu.

GPS : 5.958299, 116.086986




Sempena Hari Cuci-Cuci Malaysia 2026 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang telah dirasmikan ol...
26/09/2026

Sempena Hari Cuci-Cuci Malaysia 2026 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang telah dirasmikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 99 Speedmart turut mengambil bahagian dalam menjayakan inisiatif ini sebagai tanda sokongan terhadap usaha memupuk budaya kebersihan dalam kalangan masyarakat.

Melibatkan 3,212 cawangan 99 Speedmart di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, warga kerja kami bersama pasukan Bomba Sukarela berganding bahu melaksanakan aktiviti pembersihan dan menceriakan persekitaran cawangan.

Usaha ini mencerminkan komitmen 99 Speedmart dalam menyokong inisiatif kebersihan serta mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, kemas dan selesa untuk komuniti.



99 Speedmart berbesar hati menyumbang sebanyak RM550,000 bagi pembinaan Dewan Terbuka SMK Benoni, Papar, Sabah, sebagai ...
25/09/2026

99 Speedmart berbesar hati menyumbang sebanyak RM550,000 bagi pembinaan Dewan Terbuka SMK Benoni, Papar, Sabah, sebagai sebahagian daripada inisiatif Program Sekolah Angkat MADANI 2026.

Majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh YB Datuk Armizan Bin Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN); YB Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir Petra, ADUN Pantai Manis; Encik Foo Meng Keet, Pengurus Besar 99 Speedmart; serta Encik Hj. Ikhbal Khan bin Ismail, Pengetua SMK Benoni.

Sumbangan ini mencerminkan komitmen berterusan 99 Speedmart dalam menyokong pembangunan pendidikan dan kesejahteraan komuniti, khususnya melalui penyediaan kemudahan yang dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif untuk para pelajar serta warga sekolah.

Kami berharap sumbangan ini dapat memberikan manfaat berpanjangan kepada warga SMK Benoni, di samping menyumbang kepada usaha memperkasa pendidikan dan pembangunan komuniti di Sabah.




Lengkapkan barang dapur dan keperluan anda dengan promosi hebat hanya di 99 Speedmart sehingga 14 Oktober 2026. Dapatkan...
25/09/2026

Lengkapkan barang dapur dan keperluan anda dengan promosi hebat hanya di 99 Speedmart sehingga 14 Oktober 2026. Dapatkan segera selagi stok masih ada!





Address

99 SPEED MART (EAST MALAYSIA) SDN BHD, 6, LOT 12, KKIP INDUSTRIAL ZONE 7 (IZ 7), PHASE 1, LORONG 2A, KKIP TIMUR
Kota Kinabalu
88450

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 99 Speedmart - East Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to 99 Speedmart - East Malaysia:

Shortcuts

Share

Nearby convenience stores