21/05/2024
Throwback kepada 29 April 2024, sekumpulan pelajar dari UMK telah melawat ke B Veggie Food bertujuan untuk memahami pemakanan vegetarian bagi projek universiti yang berkaitan dengan inovasi.
Dalam perbincangan kami, mereka faham bahawa makanan vegetarian mempunyai skop yang sangat luas dan banyak pilihan yang kreatif dan lazat. Terdapat daging tiruan yang biasanya diperbuat daripada gandum, soya, kaki cendawan, dan lain-lain, yang menyerupai rasa dan tekstur produk haiwan tradisional. Inovasi ini tidak hanya memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pilihan vegetarian, tetapi juga mendorong kelestarian dan gaya hidup yang lebih sihat. Terdapat burger sayur, keju bebas tenusu, dan sumber protein berdasarkan tumbuhan yang mengubah cara pemakanan kita dgn menawarkan alternatif yang lazat dan berkhasiat untuk dinikmati oleh semua orang.
Namun begitu, ramai yang mempersoalkan mengenai nama yang diberikan kepada produk vegetarian, contohnya "Ayam Pandan", "Dumpling Ketam", "Kari Daging Kambing", dan lain-lain. Mengapa menggunakan nama haiwan sedangkan produk itu hanya menggunakan bahan berunsur sayuran sahaja? Sebenarnya, nama-nama ini diberikan untuk memberi gambaran kepada orang ramai agar mereka dapat merasakan produk tersebut seperti yang bukan berunsur sayuran. Lagipun, populasi yang mengamalkan vegetarian adalah minoriti yang kecil berbanding dengan yang lain. Nama-nama ini berperanan untuk merapatkan jurang dan menjadikan produk vegetarian lebih mudah diakses oleh khalayak ramai.
Akhirnya, walaupun makanan berunsur sayuran secara umumnya sihat, adalah penting bagi semua individu untuk mengamalkan prinsip 'sederhana' demi menjaga keseimbangan dan kesihatan dalam pemakanan harian kita.
Shopee:
shopee.com.my/bveggiefood
Lazada:
https://s.lazada.com.my/s.h20eH
Tiktok:
https://www.tiktok.com/?_t=8l9jPcsHSW0&_r=1