25/09/2026
99 Speedmart berbesar hati menyumbang sebanyak RM550,000 bagi pembinaan Dewan Terbuka SMK Benoni, Papar, Sabah, sebagai sebahagian daripada inisiatif Program Sekolah Angkat MADANI 2026.
Majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh YB Datuk Armizan Bin Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN); YB Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir Petra, ADUN Pantai Manis; Encik Foo Meng Keet, Pengurus Besar 99 Speedmart; serta Encik Hj. Ikhbal Khan bin Ismail, Pengetua SMK Benoni.
Sumbangan ini mencerminkan komitmen berterusan 99 Speedmart dalam menyokong pembangunan pendidikan dan kesejahteraan komuniti, khususnya melalui penyediaan kemudahan yang dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif untuk para pelajar serta warga sekolah.
Kami berharap sumbangan ini dapat memberikan manfaat berpanjangan kepada warga SMK Benoni, di samping menyumbang kepada usaha memperkasa pendidikan dan pembangunan komuniti di Sabah.