14/06/2026
(BIDARA PART 1) - Tentang Pohon BIDARA & Surah al Waqi'ah....................................................................................
Surah Al-Waqiah adalah suatu surah yang sangat istimewa, yang juga seperti surah-surah yang lain, mengandungi hikmah dan ibrah yang sangat besar kepada pembaca yang mengtadabburnya. Surah ke-56 dalam Al-Qur'an ini dikenal mampu memberikan ketenangan hati, mendapatkan pengampunan dosa malah mempermudah urusan hidup.
Surah yang dianjurkan untuk dibaca setiap hari ini mengandungi hikmah yang sangat besar apabila ia membawa kisah tentang 3 golongan yang akan ditinggikan dan direndahkan di hari kiamat kelak. Sama ada ianya golongan terdahulu, golongan kanan ataupun golongan kiri. Surah ini dianggap surah yang amat penting, sepenting-penting ia membawa kita kepada halatuju hidup kita. Juga menyedarkan kita tentang ganjaran dan akibat ketiga-tiga golongan ini pada hari kiamat .
Ada satu ayat di dalam Surah al Waqiah ini, iaitu mengenai golongan kanan (ashabul yamin) dan juga ganjaran terhadap golongan ini di syurga Allah kelak.
Merujuk kepada ayat 28:
Mereka (ashabul yamin) berada di antara pohon bidara yang tidak berduri.
Mengapakah pohon bidara (sidr) ini menjadi terlalu istimewa sehingga menjadi tempat teduhan bagi golongan ahli ahli syurga?
Kami berasa terpanggil melihat ciri-ciri pohon ini yang menyebab ianya menjadi antara pohon yang akan berada di syurga kelak.
Pokok bidara atau nama scientifiknya Ziziphus Mauritiana, ialah tumbuhan renek yang tahan lasak dan terkenal dengan pelbagai khasiat perubatan. Ciri istimewanya merangkumi bentuk daun yang unik dengan tiga urat utama, dahan berduri tajam, serta buah masam-manis yang kaya dengan vitamin.
Dalam Rawatan Islam (Ruqyah Syari'e), ia adalah tumbuhan sunnah yang sering digunakan sebagai penawar kepada sakit gangguan mistik.
Pohon bidara memiliki ketinggian yang boleh mencapai 15 meter dengan diameter batang sebesar 40 cm. Dahan pokok bidara memiliki kayu dengan ukuran besar dan juga kecil seperti batang pensel. Namun begitu, bidara tidak dikelompokkan sebagai tanaman perdu (tanaman perdu bermaksud tanaman yang memiliki banyak cabang yang tumbuh rendah dan dekat dengan permukaan tanah. Secara umumnya tanaman ini tidak mempunyai batang utama yang tegak).
Batang pokok bidara yang tumbuh bengkok membawa kepada ciri-ciri kelompok daunnya yang sentiasa tunduk membumi. Dengan cabang pohon berjuntai dan menyebar secara tidak beraturan ke serata arah yang lebih luas. Bentuk permukaan batang pokok bidara berbentuk menggerutu namun jika dipotong dan digergaji, ia memiliki tekstur yangcukup licin, dan selalu dibuat sebagai biji tasbih. Warna batangnya coklat, seperti tanah yang subur.
Bentuk daun bidara lonjong atau bulat menyerupai telur yang ukurannya sekitar 2 cm, serta lebar 1,5-5 cm. Permukaan daun berwarna hijau tua yang mengilap, sedangkan permukaan bagian bawahnya berwarna putih yang berbulu lembut. Pertulangan daunnya menjari dengan helai daun berduri. Daun bidara hidup dalam kelompok yang majmuk. Yang bermaksud, teduhan dari pohon ini dibentuk daripada daun-daun kecil yang berkelompok dalam ranting-ranting, dan akhirnya saling bersatu pada dahan-dahan, dan menghasilkan suatu bayang-bayang teduhan yang dapat menghalang daripada panas sinaran matahari. Bayang kan sahaja bagaimana s**arnya menyusun dan menyatukan setiap daun-daun itu untuk berkumpul sebagai suatu payung, yang mana memerlukan dahannya berkerja daripada akar, sehingga dapat menghasilkan setiap kelompok daun yang akan faham tentang tugas masing-masing. Sukar bukan? Tetapi inilah sifat pada pokok ini, dan fitrah kejadiannya.
Biji benih bidara terlindung kukuh di dalam cengkerang keras, amat terlindung dan terjaga rapi. Dan demi untuk mendapatkan benih itu, cengkerangnya yang keras harus dipecahkan dengan berhati-hati. Jika salah hentakan, maka benih itu akan pecah, tidak lagi bermakna.
Jika kita ambil masa untuk teliti kejadian pokok bidara ini, alangkah menakjubkan sifat ciptaannya. Daripada akar, pokok, dahan, batang, daun sehingga lah ke benih. Tidak hairanlah kenapa ia digambarkan sebagai salah satu pohon yang berada di syurga.
Namun begitu, beza nya dengan pohon di syurga, pohon bidara di syurga itu tidak lah berduri. Sebagai anologi menandakan bahawa di syurga nanti, tiada lah kesakitan lagi. Tidak lah kita akan terluka dengan pohon bidara yang cantik itu. Hakikatnya di dunia, sakit hidup di dunia itu seperti sesakit sepertimana bila ditusuk oleh pohon bidara yang tajam berduri.
Mungkin sudah tiba masanya, kita menanam pohon bidara itu bukan lagi kerana kita takut pada gangguan jin dan syaitan, bukan juga kerana kita sifat dan rupanya yang amat mengagumkan dan menenangkan apabila kita di bawah teduhan.
Akan tetapi, tanamlah bidara sebagai satu simbol ingatan, bahawa ia adalah salah sebuah pohon darimana tempat kita berasal. Ia ialah pohon ingatan kita untuk p**ang semula ke kediaman kita yang sebenar. Rumah sebenar kita bukan didunia. Tetapi di syurga kelak.
Aaamin yaa Rabbal ‘alamin. 🤲🏻🤲🏻🤲🏻
Salam fitrah
Tulus Ikhlas daripada kami di
House of Aydin
27. Zulhijjah 1447H / 13 June 2026M
Click link dibawah untuk membeli semua bahagian bidara:
1. Anak benih bidara
https://s.shopee.com.my/3VhhuSfVmq
2. Anak Pokok Bidara
https://s.shopee.com.my/5fmCclPln9
3. Daun Bidara
https://s.shopee.com.my/5fmCclPln9
4. Tasbih dari benih bidara
https://s.shopee.com.my/AUtzZt7jRp
ANAK POKOK BIDARA ARAB/ UBAT/SIDR/ BERDURI Anak Pokok Bidara kami ditanam daripada biji benih terpilih daripada pokok bidara yang tumbuh subur dan luruh dengan sendiri secara organik dan alami. CARA PEMINDAHAN ANAK POKOK BIDARA: 1. Setelah anak pokok telah selamat sampai pada anda, siram medium tana...