22/08/2020
JANGAN COP ORANG BERNIAGA NI BANYAK DUIT...
Janganlah bila nampak seseorang tu berniaga,terus set kat otak,kat minda,
haaaa...mesti dia ni banyak duit ni!
Nak tahu beberapa perkara?
👉🏽Berniaga ni bukan senang,
modal nak kena keluar,
tenaga nak kena kerah,
nak kena pandai bahagi² masa.
👉🏽Lepas tu nak dapat keuntungan bukan sekelip mata macam gores & menang.
👉🏽Jangan cuma mengira kesenangan peniaga tetapi tidak tahu dan tidak memahami kesusahan peniaga untuk mendapatkan hasil.
👉🏽Hari² kena rajin post,hari² kena rajin promote,berbuih² mulut memerah otak berfikir,
kalau online sekejap² cek fon,
sekejap² pegang fon.
👉🏽Jadi kalau diri tu bukan seorang peniaga fahamilah bahawa keuntungan seorang peniaga untuk mendapatkan hasil yang banyak bukan semudah yang disangka.
Mereka bos,merekalah kuli.
Membanting tulang 4 kerat sendiri demi sesuap rezeki yang halal.