LalaLuna205

LalaLuna205 i like, i share

12/08/2026

Relax n chill. Fahamkan yang berikut.
1. Kalau ada org yg cuba menjatuhkan kita, bermakna kita sekarang ni sedang berada di tahap lebih atas dari dia.
2. Kalau ada yang menganggap kita ni musuh dia, jauh di sudut hati dia tu kita ni memang penting pada perhatian dia.
3. Kalau ada yang asyik meniru kita, dia sedang mengekori kita, kita sedang menerajui mereka. Kita seorang yang ada karisma dan dalam diam diorang sedang mengagumi kita.
4. Kalau xder siapa yang menganggap kita sebagai ancaman kpd mereka, maknanya kita ni tak lah ada apa2 kekuatan yang merisaukan mereka.
5. Kalau ada yang bercakap belakang pasal kita, maknanya kita ni penting dan ada beri kesan jugak lah kpd hidup diorang.
6. Kalau ada yg mengambil kesempatan ke atas kita, maknanya kita ada sesuatu value yang diorang nakkan dari kita.
7. Kalau kita survive dan ok bila di isolate dan dipalau, kita sebenarnya strong enough to stay alone tak macam diorang yang s**a berkelompok duduk dalam satu geng.
8. Kalau ada yang mereka cerita dan membuat fitnah ke atas kita maknanya kita ni besar sangat lah pada mata mereka sampaikan diorang tak boleh tak berckp pasal kita.
9. Kalau ada yang mengejek2 apa yang kita buat sebenarnya diorang yang tak paham apa2 pun apa strategi dan action kita. Yang dia boleh buat hanya mengolok2kan tindakan kita.
10. Kalau ada yang meragui apa yg kita sedang buat ia bermakna kita sedang melakukan sesuatu yang di luar daya pemikiran sempit dan lemah mereka. Tak terjangkau akal mereka utk faham apa logik nya tindakan yang sedang kita ambil ni.
Ingat lah semua yg di atas ni bukan semata2 negatif tetapi ia juga adalah pengiktirafan positif dan a form of admiration kepada kita.
Kita nak pilih yg mana. Kita nak pilih utk rasa apa. Kita yang sendiri decide.
Selamat berbisnes.


Kredit : Sahar Sahad

10/08/2026

📍Warong SuTai, Alor Gajah Melaka.
7am ~ 12pm
Selasa & Rabu TUTUP ✌🏼

08/08/2026

Steamboat RM30 seorang? Ade shabu shabu jugak. Biar betul ni?

Betul…makan sampai puas, unlimited.
Murah, sedap & berbaloi.

Jom…buka setiap hari kecuali Selasa.
Dari 5ptg - 12mlm.

Steamboat Alor Gajah,
Kolam Air, Alor Gajah.
STEAMBOAT ALOR GAJAH

Nak booking boleh. Nak walk in pun boleh.

28/07/2026

Marah bukan muncul secara tiba-tiba.

Selalunya ia lahir daripada hati yang terluka, fikiran yang terlalu penat, harapan yang dikecewakan, ego yang terasa tercabar, atau tekanan yang dipendam terlalu lama.

Dari sudut psikologi, marah ialah secondary emotion. Di sebalik kemarahan, sering tersembunyi rasa sedih, takut, kecewa, malu atau tidak dihargai. Sebab itu, mengawal marah bukan bermaksud menekan emosi, tetapi memahami puncanya.

Dari sudut spiritual p**a, Rasulullah SAW mengingatkan agar kita menahan marah kerana ketika itulah syaitan cuba menguasai hati. Orang yang kuat bukanlah yang menang ketika bergaduh, tetapi yang mampu menguasai dirinya ketika sedang marah.

🌿 Sebelum bertindak:
• Berhenti seketika.
• Tarik nafas perlahan.
• Kenal pasti apa yang sebenarnya melukakan hati.
• Pilih untuk memberi respons, bukan bertindak mengikut emosi.
• Banyakkan istighfar dan mohon ketenangan daripada Allah.

Ingat, satu minit kemarahan mampu merosakkan hubungan yang dibina bertahun-tahun. Namun satu saat kesabaran mampu menyelamatkan maruah, keluarga dan masa depan.

Kemarahan yang dikawal menjadi kekuatan. Kemarahan yang dibiarkan menjadi penyesalan.

BAHAGIAN AGAMA DAN KAUNSELING JIPS PDRM

28/07/2026

Address

Ayer Keroh

Opening Hours

Monday 08:00 - 00:00
Tuesday 08:00 - 00:00
Wednesday 08:00 - 00:00
Thursday 08:00 - 00:00
Friday 08:00 - 00:00
Saturday 08:00 - 00:00
Sunday 08:00 - 00:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LalaLuna205 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to LalaLuna205:

Shortcuts

Share