30/06/2026
πππππππ πππππ ππ, ππππππππ πππππππππ ππππππ
Sebagai Rakan Dana Awam Baitulmal MAIK, menyumbang kepada Dana Awam Baitulmal Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menjadi lebih mudah. Hanya imbas kod QR yang disediakan di premis kami untuk berkongsi rezeki.
Ayuh bersama MAIK, jadikan setiap imbasan QR tanpa mengira jumlah sebagai tanda keprihatinan dan setiap sumbangan sebagai saham kebajikan yang berterusan. Berkongsi rezeki bukan sahaja meringankan beban, malah menyuburkan keberkatan dalam kehidupan dan pahala berpanjangan.
Pihak MAIK telah menyediakan kod QR di Stesen Minyak Shell Rantau Panjang, Shell Wakaf Che Yeh, dan Shell Jln Sultan Ibrahim Kota Bharu (bersebelahan Ambank). Sambil mengisi minyak dan membeli boleh sama-sama imbas untuk menderma.