03/08/2018
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 💜
Salam Jumaat yang indah sahabat2 sekalian :)
Perkongsian hari nie sedikit catatan dari program semalam iaitu Liqa' Nisa : Bidadari Syurga Dunia . Panel jemputan iaitu Panel 1, Ustazah Fatimah Syarha dan Panel 2, Ustazah Nony . Moga bermanfaat !
Roti jala kuah kari,
Assalamualaikum bidadari
Wanita dunia ke bidadari Syurga lebih elok?
Mestilah wanita dunia . Wanita dunia nie mcm nampak dan tak nampak . Bila menjelang siang, kita nampak cahaya matahari tapi kita xnampak bintang dek kerana silaunya cahaya matahari menutupi yg lain
Bidadari dicipta secara langsung (surah Al-Waqiah) tanpa rasa susah payah tetapi wanita dunia dicipta kena lalui segala kesusahan kepayahan tapi itu yg akan mengangkat wanita dunia menjadi bidadari Syurga . Antara akhlak seorang Muslimah ialah seorang Muslimah akan menghargai segala kesusahan, ujian yg Allah bagi dengan sabar, redha malah sentiasa bersangka baik pada Allah
Cth : Kita rasa susah sgt kuiz, midterm, exam, assignment dan segala mcm situasi yg buat kita rasa "susah" . Please jgn ckp "susah" sbb kata2 ibarat berzikir . Bnyk kali ckp pasti jadi susah . So, how to face this problem?
Letak tangan kat dada, senyum dan cakap :
"In Shaa Allah, pasti ada berita gembira Allah nak bagi disebalik kesusahan ini"
3 faktor kenapa wanita kena belajar dan ada ilmu :
1. Wanita mempunyai fizikal yg sgt cantik
- Dari fizikal wanita yg sgt cantik dan sempurna bukan sahaja boleh menambah dosa diri sendiri bahkan boleh menyebabkan orang lain turut menambah dosa sekiranya tidak diurus dan dijaga dgn rapi . Cabaran kita adalah "transfer the blame"
Cth : "Saya dah tutup elok dah . Sape suruh tengok . Tunduklah pandangan" (see ! You transfer the blame) sedangkan kita bertanggungjawab bagaimana kita respons dan bagaimana kita present diri kita pada org
3 perkara penting dlm diri manusia :
A- Appearance
Kita sebagai duta Islam tunjukkan appearance yg baik
B- Behaviour
Jaga akhlak kita sebagai seorang Muslimah
C- Content/Communication
Jaga percakapan kita . Pastikan apa yg keluar dari mulut kita semua baik2 dan indah
2. Wanita mempunyai emosi yg sgt sensitif (sikit-sikit nak merajuk, sikit-sikit nak marah)
3. Wanita mempunyai sistem tubuh badan yg kompleks
Maka, kalau wanita tidak belajar dan tidak ada ilmu, bagaimana wanita ingin mengurus, 3 faktor ini? Kalau wanita menjaga 3 faktor ini dgn rapi, maka Tik Tok/Kiki Challenge dan sebagainya tidak akan mudah terpengaruh . Cth : kita xboleh tgk org lain lawa, kita pun nk lawa gak (fizikal) . Kita xboleh tgk org lain buat Tik Tok/Kiki Challenge, kita pun nk buat jgk (emosi) . Ini lah cabaran utk menjadi bidadari
Untuk mengatasi cabaran ini :
K- Know (kena ada ilmu)
D- Do (lepas ada ilmu, kena buat dan praktis)
B- Be (kita akan jadi)
Makin kita baca, dekat dgn knowledge (ilmu) , makin kita akan rasa Islam sgt best . Manusiawi dan tidak mengongkong . Pakaian zaman Rasulullah ada wanita yg ambil kain dan belit belit mcm shawl . Isteri Rasulullah pun ada pakaian cantik . Puteri Rasulullah ada selendang yg bersulam cantik dan elegant . Saidatina Aisyah berkata ada banyak warna pada zaman Nabi . Ada kuning, merah
Bila sikit bacaan, kita akan cepat menghukum tetapi bila banyak bacaan, kita akan cepat meraikan, menghargai dan mensyukuri apa yg ada
Dalam Al-Quran sgt bnyk kisah2 wanita yg kita boleh jadikan sbg qudwah . Nak cerita pemimpin, kita ada Ratu Balqis . Nak cerita kematangan mengurus emosi, kita ada ibu Nabi Musa dan ramai lagi
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ اْالشَّھَوَٰتِ مِنَ اْالنِّسَآءِ وَالبَنِينَ ....
"Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak.... " [3 : 14]
Wanita ini menjadi salah satu hiasan . Pada pandangan manusia, Allah letakkan perempuan mesti nampak cantik walau mcm mne sekalipun orang akan tetap nampak wanita itu cantik kerana spesifikasi seorang wanita mmg dicipta cantik . Jadi, ini yg seorang perempuan kena jaga dan kawal . Urus dgn baik
Kita bukan sahaja menjadi cabaran buat orang yg memandang kita malah menjadi cabaran buat diri kita utk mengawal
Soalan penonton : "Relevankah perigi mencari timba? Tidak hilangkah rasa malu seorang Muslimah?
Jawapan dari Ustazah Fatimah Syarha :
Statistik pop**asi dunia dan juga Malaysia terkini menunjukkan jumlah Lelaki dan Perempuan hampir seimbang tetapi lelaki lebih ramai dari perempuan . Klau perempuan lebih sikit itu golongan wanita berusia 60 tahun ke atas
Yusuf Al-Qaradawi berkata wanita mewakili separuh dari penduduk dunia
Dalam sirah, Siti Khadijah yg memulakan dahulu . Boleh perigi cari timba , boleh wanita mulakan dulu tetapi gunalah cara yg meraikan psikologi, adat, sifat malu sebab lelaki secara psikologi s**a "memburu" berbanding "diburu" kerana lelaki mempunyai egonya yg tersendiri . Sekiranya perempuan datang secara terus, ada kecenderungan untuk dipermainkan oleh lelaki . Maka, apa yg perlu dibuat sebagai strategi supaya pinangan kita lebih berpotensi utk diterima ialah kita boleh sampaikan kepada org tgh yg dipercayai supaya sampaikan hasrat kita kepada org tersebut . Kita raikan psikologi
"Wanita ibarat bunga . Cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara . Yang kekal menjadi pujaan manusia hanyalah wanita yg mulia akhlaknya"🌹
"Ya Allah, jadikan kami wanita yang terpelihara dan terjaga disaat zaman seolah terbiasa dgn maksiat yg bermaharajalela . Indahkanlah akhlak kami dan pimpin kami utk istiqamah dijalanMu serta berusaha memperbaiki diri kami ke arah yg lebih baik". Aamin