Rompin Kita

Rompin Kita Info dan Berita terkini di Rompin, Pahang Pride 1. INFO-INFO TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI ROMPIN, PAHANG. SEMOGA BEROLEH MANFAAT TERBAIK DARI PAGE INI. TERIMA KASIH.

PENYAMPAIAN MAKLUMAT TERKINI DAN ISU-ISU SEMASA, INISIATIF-INISIATIF KERAJAAN NEGERI PAHANG DAN MANFAAT KEPADA RAKYAT PAHANG.

2.

Tujuh stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Pahang bakal dibangunkan sebagai hab pembangunan berorientasikan transit ...
12/05/2026

Tujuh stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Pahang bakal dibangunkan sebagai hab pembangunan berorientasikan transit (TOD) bagi memperkukuh sistem pengangkutan awam serta merangsang ekonomi negeri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB Dato’ Ir. Razali Kassim Jawatankuasa Kerja Kerja Pelaburan dan Pembangunan Berorientasikan Transit serta Projek Pemecut Ekonomi (TOD/EAP) telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri bagi memantau pembangunan di kawasan sekitar stesen ECRL.

Antara projek yang bakal dilaksanakan ialah Terminal Bersepadu dengan Pusat Komersial di Bentong serta Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu di Paya Besar, Kuantan.

Katanya, sesi libat urus bersama operator bas, teksi dan e-hailing turut dilaksanakan bagi memastikan ketersambungan pengangkutan awam di semua stesen ECRL di negeri ini lebih efisien dan memberi manfaat kepada rakyat.

Sumber : Pahang Media


Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti,Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.
10/05/2026

Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.

Masuk IPT tapi risau dengan kos permulaan pengajian? πŸ€”πŸŽ“Jangan risau, Yayasan Pahang sedia membantu anak-anak Pahang mela...
07/05/2026

Masuk IPT tapi risau dengan kos permulaan pengajian? πŸ€”πŸŽ“

Jangan risau, Yayasan Pahang sedia membantu anak-anak Pahang melalui Geran Bantuan Ke IPT bagi Kemasukan Kali Pertama.

Permohonan mudah, cepat dan boleh dibuat secara dalam talian sahaja β€” tak perlu hadir ke pejabat!

Semak kelayakan anda:
βœ… Anak Pahang
βœ… Pelajar baharu IPT
βœ… Memenuhi syarat akademik yang ditetapkan

Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 4 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi. Mohon sekarang di www.yp.org.my

⏳ Peringatan: Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja bagi setiap kategori, jadi pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan tepat sebelum dihantar.

Jangan lepaskan peluang ini β€” ringankan beban, teruskan impian!

--------------------

Heading off to university but worried about the initial costs? πŸ€”πŸŽ“

Don't worryβ€”Yayasan Pahang is here to support the youth of Pahang through the First-Time University Enrollment Assistance Grant.

The application is easy, fast, and can be done entirely onlineβ€”no need to visit the office!

Check Your Eligibility:
βœ… Native of Pahang (Anak Pahang)
βœ… New University Student
βœ… Meets the set academic requirements

Applications can be submitted by students within 4 weeks before or within 6 weeks after the date of registration at the institution of higher learning. Apply Now: www.yp.org.my

⏳ Reminder: Applications are only permitted once per category. Please ensure all information is complete and accurate before submitting.

Don't miss this chanceβ€”lighten your burden and pursue your dreams!

05/05/2026

Susulan perkongsian aduan di laman sosial, YB Dato’ Ir. Razali bin Kassim turun padang meninjau sendiri masalah jalan rosak di Berabong–Selendang, Rompin semalam, sekali gus memberi gambaran jelas keadaan semasa laluan tersebut.

Untuk makluman, jalan dari simpang ke Taman Negeri hingga ke Selendang 3 telah pun dinaiktaraf secara berperingkat sepanjang 6 kilometer menggunakan kaedah Cold In-Place Recycling (CIPR) dengan kos sebanyak RM6 juta dan baru sahaja siap dilaksanakan.

Manakala baki 2 kilometer lagi akan menyusul untuk kerja-kerja penambahbaikan seterusnya demi keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya.

Kembalikan DARA, AMOI DAN KELAT! KEMBALIKAN GAJAH KAMI!
29/04/2026

Kembalikan DARA, AMOI DAN KELAT!

KEMBALIKAN GAJAH KAMI!

29/04/2026

Muadzam Shah, Rompin – Seramai 102 penerima Fasa 1 Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang Pinggiran Pelangi menerima kunci rumah masing-masing dalam satu majlis penyerahan yang berlangsung di perkarangan projek berkenaan, hari ini.

Projek yang melibatkan pembinaan sebanyak 112 unit kediaman itu dibangunkan dengan nilai keseluruhan RM16.8 juta.

Dalam majlis sama, turut berlangsung pelancaran PR1MA Pahang Muadzam Shah, iaitu projek pembangunan di atas tanah kerajaan seluas 50 ekar yang bakal merangkumi pembangunan perumahan mampu milik serta pembangunan bercampur.

Inisiatif tersebut dijangka mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat di samping memenuhi keperluan kediaman rakyat yang semakin meningkat.

Sehingga kini, sebanyak 191 projek melibatkan 51,088 unit rumah telah diluluskan pembinaannya di seluruh negeri Pahang. Daripada jumlah itu, 51 projek merangkumi 9,017 unit rumah telah siap sepenuhnya serta memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan agenda perumahan rakyat terus diberi keutamaan selaras dengan Aspirasi Pahang 1st.

Terima kasih Tokwan,

28/04/2026

MAJLIS PENYERAHAN SURATAN HAKMILIK PENEROKA FELDA SELANCAR 1, 4 DAN 5 SERTA PENYERAHAN BAKI SURATAN HAKMILIK PENEROKA GUGUSAN FELDA KERATONG.

Bukti Bukan Retorik: Peneroka Terima Hak Milik Hari Ini.

Kerajaan Negeri Pahang kini memperkenalkan Sistem Pengurusan Bantuan Rakyat (e-Rakyat) bagi memudahkan urusan berkaitan ...
28/04/2026

Kerajaan Negeri Pahang kini memperkenalkan Sistem Pengurusan Bantuan Rakyat (e-Rakyat) bagi memudahkan urusan berkaitan bantuan kepada rakyat.

Melalui sistem ini, maklumat bantuan dapat diselaras dengan lebih teratur, mengelakkan pertindihan, serta memastikan mereka yang benar-benar layak tidak tercicir.

βœ… Semak jenis bantuan & syarat kelayakan
βœ… Pastikan rekod bantuan lebih telus & sistematik
βœ… Akses maklumat dengan lebih mudah dan selamat

Inisiatif ini adalah usaha berterusan bagi memperkasa penyampaian bantuan agar lebih cekap, telus dan menyeluruh kepada rakyat Pahang.

πŸ“© Sebarang pertanyaan: [email protected]

23/04/2026

πŸ“’ 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπŽπ’πŽππ†

Jabatan Agama Islam Pahang mempelawa warganegara Malaysia khususnya anak Negeri Pahang yang berkelayakan untuk memohon jawatan berikut:

πŸ”Ή Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C5

πŸ“Œ Iklan jawatan dan syarat permohonan adalah seperti dilampirkan.

Sehubungan itu, orang ramai yang berminat adalah dialu-alukan untuk memohon. Mohon juga jasa baik semua untuk berkongsi hebahan ini kepada pihak atau individu yang berkelayakan.

Terima kasih.

23/04/2026

Tahniah kepada semua penerima Anugerah Kecemerlangan SPM 2025, khususnya bagi Pelajar Straight A di Karnival Aspirasi Pendidikan Tahun 2026 yang telah berlangsung pada 23 April 2026 (Khamis), bertempat di Dewan Tan Sri Jamaludin Jarjis, UNITEN.

Program ini dirasmikan oleh YB Dato’ Ir. Razali Kassim , Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang merangkap ADUN Muadzam Shah.

Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan diri dan keluarga, malah mengharumkan nama negeri. Lebih istimewa, para pelajar turut bakal menerima insentif sebanyak RM1,000 daripada Wan Rosdy bin Wan Ismail, YAB Menteri Besar Pahang sebagai tanda penghargaan atas usaha dan kecemerlangan yang dicapai.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Kerajaan Negeri Pahang atas komitmen berterusan dalam menghargai dan menyokong kecemerlangan pendidikan anak-anak negeri. Semoga inisiatif seperti ini terus menyuntik semangat kepada generasi muda untuk melakar lebih banyak kejayaan di masa hadapan.

Address

Rompin

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rompin Kita posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category