12/01/2024
Kalau Korang Nak Kurus Sebelum Raya, Ikut 5 Tips ni.
1. Makan atau minum benda manis sekali je sehari.
Menurut American Heart Association (AHA) seorang dewasa dinasihatkan utk ambil tidak lebih dari 24g gula setiap hari iaitu bersamaan 6 sudu teh gula. 6 sudu teh gula sebenarnya sikit sahaja. Oleh itu, untuk senang ingat. Amalkan mengambil minuman atau makanan manis sekali sahaja dalam sehari.
2. Minum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong setiap hari.
Mesti korang tertanya mcm mana minum air kosong boleh kuruskan badan? Korang tau tak air kosong tak ada kalori = 0 Kcal. Apabila korang minum air kosong, badan korang akan menggunakan tenaga dari makanan atau lemak badan korang utk memproses air yg korang minum tu. Jadi setiap kali korang minum air kosong, badan korang akan membakar lemak.
3. Makan nasi separuh.
Nasi merupakan makanan utama masyarakat kita dan mempunyai banyak khasiat. Tetapi jika makan dengan berlebihan, ia boleh menyebabkan berat badan korang naik kerana mempunya kalori yg tinggi. 1 cawan nasi mempunyai dalam 200 kalori iaitu bersamaan size penumbuk tangan anda. Sikit je tu, tapi kalori banyak. Oleh itu, utk senang ingat, setiap kali anda makan, amik nasi separuh je dari yg biasa makan. Order nasi kat mamak mintak nasi separuh.
4. Amalkan intermittent fasting iaitu puasa berkala.
Ada macam-macam routine utk buat intermittent fasting ni. Tapi kalau nak mula, mula dengan cara 8 jam waktu makan, 16 jam puasa setiap hari. Ini bermakna, kalau korang start makan pukul 12 tengah hari, waktu last korang makan pukul 8 mlm. Selebihnya korang perlu puasa tapi boleh minum air je. Air pon boleh minum air kosong, kopi kosong atau teh kosong. Jangan amik minuman yg manis dalam waktu puasa. Milo kosong tak boleh.
5. Disiplin dan Konsisten.
Nak turun berat badan ni bukan proses yang sekejap. Kadang-kadang makan masa berbulan-bulan. Korang kene berdisiplin dan konsisten. Tapi dalam cubaan mengikut tips2 ni, korang boleh la buat cheat day seminggu sekali. Ini utk korang lepaskan geram supaya korang boleh konsisten. Sekali-sekala tu korang makan la Pasta Panas di Shell Saujana Utama. Bnyk pilihan yg ada dari Mac and Cheese, Aglio Olio ke Spicy Gochujang Mac. Selamat mencuba!
Ada banyak lagi tips kurus yang saya boleh bagi, kalau nak lagi like dan comment di bawah!