25/12/2025
PENUBUHAN MALAYAN NAVAL FORCE (MNF)
Pada hari ini dalam tahun 1948, Malayan Naval Force (MNF) tertubuh secara rasmi selepas Ordinan No. 40 Tahun 1948 (Naval Force Ordinance, 1948) diperkenankan oleh Sir Franklin Charles Gimson, Gabenor Singapura. Penubuhan angkatan tentera laut ini adalah rentetan kepada keperluan Tanah Melayu pada ketika itu yang memerlukan pasukan tentera lautnya sendiri. Pasukan tentera laut sebelum ini hanya ditubuhkan bagi tujuan-tujuan tertentu seperti ketika perang dan dibubarkan selepas tamat perkhidmatan. MNF akan berkhidmat bersama-sama dengan Tentera Laut Diraja Britain bagi mempertahankan kawasan perairan Tanah Melayu dan Asia Tenggara.
Pasukan ini memiliki beberapa aset kapal seperti Malayan Ship Pelandok (dahulunya dikenali sebagai N.S.C. (E) No. 341); Landing Craft Gunnery (Large) No. 450; Harbour Defence Motor Launch No. 3509 dan H.M.S. Test (Frigate). Pada 29 Ogos 1952, MNF dianugerahkan dengan taraf “Diraja” oleh Queen Elizabeth II dan ditukar nama kepada Royal Malayan Navy. Selepas kemerdekaan, pasukan ini kemudiannya diserahkan kepada pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu dan dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Google Play Store dan Apple Apps Store.HIDS juga bersiaran di:
1) RTM TV pada pukul 6.59 pagi, 12.59 tengah hari, 4.59 petang dan 7.59 malam.
2) 31 stesen radio milik RTM.
RancakkanMADANI
MADANIBekerja